Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021
  BAB 14 : PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN Pengurusan panitia mata pelajaran amat penting dalam memfokus tugas guru-guru mata pelajaran dalam meningkatkan tahap keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Bidang-bidang Pengurusan Panitia : • Perancangan tahunan panitia • Mesyuarat panitia • Pengajaran dan pembelajaran • Program sokongan panitia • Pembangunan staf • Post mortem ujian / peperiksaan  • Koordinasi persatuan • Pengurusan fail panitia • Stok dan kewangan  Tugas dan peranan panitia mata pelajaran : • Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia. • Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan. • Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. • Menyelaras soalan ujian dan pen...
 BAB 13 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Pengurusan alam pembelajaran adalah persediaan guru sebelum masuk alam persekolahan atau pembelajaran yang menyentuh beberapa perkara seperti penyediaan penulisan, penyediaan bahan mengajar, penyediaan ilmu pembelajaran dan sebagainya. Ia juga berkaitan dengan suasana persekitaran bilik darjah seperti susunan meja, kerusi. Suasana yang selesa akan membantu proses pembelajaran berjalan dengan baik. Dalam pengurusan alam pembelajaran mempunyai dua teknik motivasi iaitu teknik motivasi intrinsik dan teknik motivasi ektrinsik. Guru yang profesional mengetahui 7 jenis pengetahuan iaitu : 1) Pelajar 2) Pedagogi 3) Kurikulum 4) Konten - Pedagogi  5) Kandungan mata pelajaran 6) Konteks pendidikan di Malaysia  7) Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia ( pedagogical content) Alam pembelajaran berdasarkan teori :  1) Teori Struktivisme   - Guru membantu pelajar dalam menerima pelbagai maklumat dalam sistem pengajaran.   - Pem...
  BAB 12 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.  Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi intraksi luar sekolah. Pengurusan sekolah dan persekitaranini mempunyai beberapa hubungan seperti : 1) Hubungan sekolah dengan masyarakat 2) Hubungan sekolah dengan sekolah 3) Hubungan dengan guru 4) Hubungan dengan ibu bapa  1) Hubungan Sekolah Dengan Masyarakat Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa kriteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian melalui pembiakan genetik. 2) Hubungan Sekolah Dengan Sekolah Sekolah adalah tempat yang paling penting untuk proses sosialiasi bagi membentuk sesebuah masyarakat setempat. Terdapat 4 alasan yang mengatakan bahawa sekolah sebagai unit sosial iaitu mempunyai anggota yang nyata, mempunyai struktur sosial yang jelas, suasana yang membantu dalam perhubungan yang harmoni dan...
  BAB 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA Pengurusan murid pelbagai upaya adalah membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada para pelajar yang berkeperluan khas. Pengurusan murid pelbagai upaya di sekolah adalah apabila terdapatnya program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus untuk memenuhi keperluan murid yang mengalami masalah perkembangan fizikal, emosi, dan sosial. Terdapat beberapa jenis program atau kelas khusus yang di wujudkan di setiap sekolah bagi mengurus murid pelbagai budaya. Sebagai contoh, yang dapat kita lihat adalah wujudnya kelas pemulihan untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran di setiap sekolah di Malaysia. Pengurusan murid pelbagai upaya ini membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada para pelajar yang berkeperluan khas, maka itu wujudnya Program Pendidikan Khas. Program : 1) Sekolah pendidikan khas  2) Program pendidikan khas integrasi 3) Program inklusif  4) Program pemulihan kh...
  BAB 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan. Budaya pula adalah sistem kompleks perilaku, nilai-nilai keyakinan, tradisi dan artifak yang ditular melalui generasi serta meliputi pelbagai aspek komunikasi, sikap, etika, keyakinan, nilai-nilai dan adat istiadat. Manakala pengurusan budaya ini merujuk kepada segala aspek dan struktur organisasi sekolah tersebut yang memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku dan keselamatan di sekolah.  PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA : • Sekolah • Murid  • Guru  • Pengajaran dan pembelajaran 1) Kepelbagaian budaya murid 2) Isu kepelbagaian budaya 3) Pengurusan merentas budaya Kesimpulannya, guru berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya.
  BAB 9 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID Nasihat ialah suatu ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan, atau menganjurkan pelbagai hal kepada seseorang. Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Tujuan pengurusan penasihatan murid ini adalah untuk memberi bimbingan, nasihat dan mentoring kepada murid untuk membantu murid mengetahui cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Bimbingan : Suatu proses untuk membantu individu membuat keputusan yang tepat dan memberi kesan kepada kehidupan mereka, seterusnya memberi fokus kepada potensi seseorang individu, menolong individu memahami diri dan dunia mereka, akhir sekali adalah merupakan aktiviti yang dirancang. Penasihatan : Penasihatan ini fokus kepada permasalahan yang dihadapi, ia menjurus kepada bentuk arahan atau suruhan atau strategi yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah. Mentoring : Mentoring ini adalah suatu proses untu...
 BAB 8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN Tingkah laku ialah apa yang dilakukan oleh seorang individu dan semua tindakan manusia yang dapat diperhati dan dinilai secara separa sedar atau sedar. Pengurusan tingkah laku pula ialah satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan kaedah yang sesuai. Setiap guru juga mesti mempunyai satu pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran tang sihat dan produktif. PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN: Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai. Teknik Modifikasi Tingkah Laku :   - Peneguhan positif dan negatif, dendaan, reverse psychology, shaping, token ekonomi, kontrak lisan atau bertulis dan times. Langkah Mengatasi : 1) Ibu bapa memberikan perhatian. 2) Program motivasi dan ceramah kesedaran. Jenis Salah Laku Devian : 1) Inovasi 2) Undur Faktor-faktor : 1) Kurang kasih sayang 2) Tiada kesedaran Kesimpulannya, semua pihak per...
  BAB 7 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN Pengurusan bilik pembelajaran merupakan satu strategi dan tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik pembelajaran. Terdapat beberapa bilik pembelajaran yang sering digunakan oleh pelajar, iaitu, bilik darjah ,makmal sains, makmal komputer, studio dan tempat-tempat pembelajaran yang seumpama dengannya. Penekanan dibuat untuk bilik darjah kerana ia merupakan tempat yang selalu digunakan oleh pelajar pada proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru perlulah memastikan keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan.  STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN: Jenis Bilik Pembelajaran : 1) Bilik darjah tradisi 2) Bilik darjah terbuka 3) Bilik darjah mata pelajaran khas 4) Bilik darjah KBSR dan KBSM. Mengurus Iklim Pembelajaran Positif : 1) Suasana fizikal 2) Suasana Sosial Pengurusan Bilik Pembelajaran : 1) Rutin bilik darjah    - Jadual bertugas   2) Pengurusan rekod  ...
  BAB 6 : PENGURUSAN SUMBER Pengurusan sumber manusia yang digunakan dalam sesebuah sekolah penting kepada urusan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Pengurusan di segelintir sekolah boleh digunakan sebagai penyebar maklumat kepada murid. Ilmu boleh dapat daripada pelbagai sumber. Pengurusan sumber adalah penting untuk mendapat ilmu pengetahuan yang sempurna. Seterusnya, guru juga perlu bijak mencari bahan untuk mengajar bersesuaian dengan topik, rangsangan daripada pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Guru juga hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya keatas proses pembelajaran keatas pelajar. Dalam bidang pendidikan, pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai terutamanya yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu.  Pengurusan sumber ini juga adalah mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pemb...
 BAB 5 : PENGURUSAN BILIK DARJAH Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat, pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.    Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik darjah. Tujuan dimensi penyampaian  ilmu  adalah untuk mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) Sebagai contoh, teknik penyoalan, penilaian, perancangan...
 BAB 4 : PENGURUSAN MURID Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat dan objektif yang ingin dilakukan. Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan dengan aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid. Pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Di samping itu, pengurusan murid juga dapat memb...
  BAB 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR        Pengurusan pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam aspek pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar.  Pengurusan pembelajaran merupakan proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar oleh guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan lancar sebagaimananya ia dirancang.     Seterusnya, k onsep yang digunakan dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar adalah konsep merancang, konsep mengarah, konsep mengawal dan juga pengalaman. Dalam p engurusan dan Pembelajaran Pelajar d ibahagikan kepad...
 BAB 3 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN     Organisasi merupakan keastuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan. Manakala kepimpinan ini adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat.  Organisasi dan kepimpinan ini meliputi aspek pendidikan, seperti o rganisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah.      Sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Ini merupakan organisasi dan kepimpinan sekolah iaitu pengetua sebagai pemimpin atau ketua, bertugas sebagai mengurus kurikulum dan kokurikulum, mengurus tenaga pengajar dan kakitangan dan mengurus dalaman dan luaran sekolah. Seterusnya, penolong kanan iaitu bertugas sebagai mengajar, membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum dan membantu dalam pentadbiran harian. Selain itu adalah penolong kanan hal ehwal murid bertugas sebagai pengajar, mengur...
 BAB 1: MENGURUS PEMBELAJARAN     Pengurusan adalah satu proses merancang mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Manakala pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan dan berlaku secara formal dan juga tidak formal. Pendidikan formal ialah pendidikan yang dijalankan secara terancang dengan adanya bimbingan daripada guru, buku teks dan berjalan di dalam kelas. Pendidikan tidak formal pula adalah pendidikan yang dilakukan bukan secara langsung iaitu bimbingan daripada ibu bapa di rumah. Seseorang guru itu perlu bertanggungjawab dalam perlaksanaan rancangan di dalam kelas. Kejayaan dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini adalah bergantung cara guru tersebut merancang atau mengurus ...