BAB 12 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.
Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi intraksi luar sekolah. Pengurusan sekolah dan persekitaranini mempunyai beberapa hubungan seperti :
1) Hubungan sekolah dengan masyarakat
2) Hubungan sekolah dengan sekolah
3) Hubungan dengan guru
4) Hubungan dengan ibu bapa
1) Hubungan Sekolah Dengan Masyarakat
Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa kriteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian melalui pembiakan genetik.
2) Hubungan Sekolah Dengan Sekolah
Sekolah adalah tempat yang paling penting untuk proses sosialiasi bagi membentuk sesebuah masyarakat setempat. Terdapat 4 alasan yang mengatakan bahawa sekolah sebagai unit sosial iaitu mempunyai anggota yang nyata, mempunyai struktur sosial yang jelas, suasana yang membantu dalam perhubungan yang harmoni dan mempunyai budaya yang tersendiri.
3) Hubungan Dengan Guru
Guru sebagai pengganti ibu bapa. Kebajikan murid terletak pada tanggungjawab guru sepanjang mereka berada di sekolah. Guru juga yang menyediakan soalan peperiksaan dan menyemak soalan dan guru juga bertindak sebagai kaunselor yang membantu pelajar untuk membuat pilihan yang terbaik dalam kehidupan mereka.
4) Hubungan Dengan Ibu Bapa
Ibu bapa berperanan untuk memberi sokongan moral kepada pihak sekolah dan tanggungjawab ibu bapa memberi kesan kepada perkembangan dan pencapaian sekolah.
Kesimpulannya, hubungan sekolah dengan pelbagai pihak dapat membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah dan juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi sama ada di luar sekolah atau dalam sekolah.
Ulasan
Catat Ulasan