BAB 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Pengurusan murid pelbagai upaya adalah membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada para pelajar yang berkeperluan khas. Pengurusan murid pelbagai upaya di sekolah adalah apabila terdapatnya program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus untuk memenuhi keperluan murid yang mengalami masalah perkembangan fizikal, emosi, dan sosial. Terdapat beberapa jenis program atau kelas khusus yang di wujudkan di setiap sekolah bagi mengurus murid pelbagai budaya. Sebagai contoh, yang dapat kita lihat adalah wujudnya kelas pemulihan untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran di setiap sekolah di Malaysia.

Pengurusan murid pelbagai upaya ini membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada para pelajar yang berkeperluan khas, maka itu wujudnya Program Pendidikan Khas.

Program :
1) Sekolah pendidikan khas 
2) Program pendidikan khas integrasi
3) Program inklusif 
4) Program pemulihan khas

Kaedah Pengurusan :
1) Peranan dan fungsi guru sebagai sebagai kaunselor dan juga pengajar.
2) Menyediakan alat bantu mengajar dan bahan mengakar yang bersesuaian.

Syarat Penyertaan :
1) Cacat anggota tapi masih boleh belajar seperti murid biasa.
2) Mempunyai pelbagai kecacatan yang serius atau mengalami kecacatan mental. 


Kesimpulannya, pengurusan murid pelbagai upaya ini merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini demikian kerana, pelaksanaannya di sesebuah sekolah akan mencerminkan realiti prestasi dan kepimpinan pihak pentadbir dalam menjalankan fungsinya supaya murid pelbagai upaya turut berjaya dalam akademik seiring murid-murid normal.






Ulasan