BAB 14 : PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
Pengurusan panitia mata pelajaran amat penting dalam memfokus tugas guru-guru mata pelajaran dalam meningkatkan tahap keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar dalam mata pelajaran berkenaan.
Bidang-bidang Pengurusan Panitia :
• Perancangan tahunan panitia
• Mesyuarat panitia
• Pengajaran dan pembelajaran
• Program sokongan panitia
• Pembangunan staf
• Post mortem ujian / peperiksaan
• Koordinasi persatuan
• Pengurusan fail panitia
• Stok dan kewangan
Tugas dan peranan panitia mata pelajaran :
• Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia.
• Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan.
• Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
• Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas.
• Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Secara kesimpulannya, pengurusan panitia mata pelajaran ini amatlah penting untuk menjadikan pembelajaran lebih baik dan teratur serta menjadikan pengurusan pengajaran dan pembelajaran murid dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Oleh itu, semu pihak juga haruslah bekerjasama dengan melibatkan diri dengan program-program yang telah dilaksanakan.
Ulasan
Catat Ulasan