BAB 6 : PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan sumber manusia yang digunakan dalam sesebuah sekolah penting kepada urusan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Pengurusan di segelintir sekolah boleh digunakan sebagai penyebar maklumat kepada murid. Ilmu boleh dapat daripada pelbagai sumber. Pengurusan sumber adalah penting untuk mendapat ilmu pengetahuan yang sempurna.

Seterusnya, guru juga perlu bijak mencari bahan untuk mengajar bersesuaian dengan topik, rangsangan daripada pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Guru juga hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya keatas proses pembelajaran keatas pelajar. Dalam bidang pendidikan, pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai terutamanya yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu. 

Pengurusan sumber ini juga adalah mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Seterusnya, bertujuan untuk mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang hidup dan mencabar serta dapat dapat menimbulkan minat dan semangat murid untuk belajar. Contohnya, seperti rak buku terbuka, buku teks serta laci kabinet.

Dalam pengurusan sumber ini juga boleh diikuti atau disusun dengan dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran, yang mana kedua-dua kategori ini mampu memberi kemudahan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan penbelajaran.

Sebagai rumusan, sumber pengajaran dan pembelajaran khasnya alat pandang dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti PDPc dengan tujuan memperolehi pengetahuan dengan menguasai kemahiran. Pembelajaran yang berasaskan sumber juga boleh melibatkan murid secara aktif dalam sesi pembelajaran berbanding murid yang hanya mendengar jika tiada sumber yang digunakan.



Ulasan