BAB 13 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pengurusan alam pembelajaran adalah persediaan guru sebelum masuk alam persekolahan atau pembelajaran yang menyentuh beberapa perkara seperti penyediaan penulisan, penyediaan bahan mengajar, penyediaan ilmu pembelajaran dan sebagainya. Ia juga berkaitan dengan suasana persekitaran bilik darjah seperti susunan meja, kerusi. Suasana yang selesa akan membantu proses pembelajaran berjalan dengan baik.
Dalam pengurusan alam pembelajaran mempunyai dua teknik motivasi iaitu teknik motivasi intrinsik dan teknik motivasi ektrinsik.
Guru yang profesional mengetahui 7 jenis pengetahuan iaitu :
1) Pelajar
2) Pedagogi
3) Kurikulum
4) Konten - Pedagogi
5) Kandungan mata pelajaran
6) Konteks pendidikan di Malaysia
7) Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia (pedagogical content)
Alam pembelajaran berdasarkan teori :
1) Teori Struktivisme
- Guru membantu pelajar dalam menerima pelbagai maklumat dalam sistem pengajaran.
- Pembelajaran mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan.
2) Teori Behaviorisme
- Belajar adalah perubahan tingkah laku yang berlaku kerana terjadinya interaksi (guru) dan tindak balas (pelajar).
- Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan teori ini iaitu teori pelaziman dan teori skinner.
Kesimpulannya, guru haruslah sentiasa bersedia sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga perlu bijak mengenalpasti masalah yang berlaku terhadap murid di dalam kelas supaya maklumat yang disampaikan oleh guru dapat diterima dengan baik oleh pelajar.
Ulasan
Catat Ulasan