BAB 3 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Organisasi merupakan keastuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan. Manakala kepimpinan ini adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Organisasi dan kepimpinan ini meliputi aspek pendidikan, seperti organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah.
Sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Ini merupakan organisasi dan kepimpinan sekolah iaitu pengetua sebagai pemimpin atau ketua, bertugas sebagai mengurus kurikulum dan kokurikulum, mengurus tenaga pengajar dan kakitangan dan mengurus dalaman dan luaran sekolah. Seterusnya, penolong kanan iaitu bertugas sebagai mengajar, membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum dan membantu dalam pentadbiran harian. Selain itu adalah penolong kanan hal ehwal murid bertugas sebagai pengajar, mengurus kebajikan dan disiplin pelajar, mengurus kemasukan dan pendaftaran pelajar dan mengurus perhubungan awam tugas-tugas lain. Dalam organisasi sekolah juga terdapat penolong kanan ko-kurikulum iaitu sebagai pengajar, mengurus kurikulum dan kokurikulum, perhubungan awam, pentadbiran harian dan tugas-tugas lain. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling bertugas sebagai menyusun program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling, memberi khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan dan membuat rancangan tahunan sekolah. Disamping itu, murid juga termasuk dalam organisasi iaitu dengan mematuho dan memahami peraturan sekolah, menjaga dan memelihara harta benda sekolah, menjaga serta meningkatkan kebersihan sekolah, memahami susun lapis masyarakat di sekolah serta menghormati lagu sekolah.
Kepimpinan guru menurut York-Barr & Duke (2008), kepimpinan Guru adalah proses di mana guru-guru, secara individu atau secara kolektif, mempengaruhi rakan-rakan mereka, pengetua, dan ahli-ahli masyarakat sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Menurut Hussein ( 1993 ), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan kurikulum, kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am. Mnakala menurut Haris & Mujis (2005), terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan guru iaitu peranan dan tanggungjawab, guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya dalam bilik darjah tetapi guru menguruskan semua sama adaluar atau dalam bilik darjah. Kerjasama guru juga berperanan membimbing pelajar dan teman sekerja ke arah matlamat yang ingin dicapai.
Kemahiran kepimpinan guru ini menghuraikan 3 kemahiran kepimpinan guru iaitu kebolehan mempengaruhi pelajar ataupun rakan setugas & bertindak sebagai fasilitator, mentor, pembimbing, pakar kurikulum, & pembentuk pendekatan bagi menerajui pembelajaran, mengambil bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti penglibatan dan berperanan sebagai sumber/media, guru disiplin, guru persatuan dan bertindak selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah serta berupaya melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik sebagan ahli seperti PIBG, jawatankuasa kantin dan lain-lain.
Ulasan
Catat Ulasan