BAB 9 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Nasihat ialah suatu ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan, atau menganjurkan pelbagai hal kepada seseorang. Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Tujuan pengurusan penasihatan murid ini adalah untuk memberi bimbingan, nasihat dan mentoring kepada murid untuk membantu murid mengetahui cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

Bimbingan :
Suatu proses untuk membantu individu membuat keputusan yang tepat dan memberi kesan kepada kehidupan mereka, seterusnya memberi fokus kepada potensi seseorang individu, menolong individu memahami diri dan dunia mereka, akhir sekali adalah merupakan aktiviti yang dirancang.

Penasihatan :
Penasihatan ini fokus kepada permasalahan yang dihadapi, ia menjurus kepada bentuk arahan atau suruhan atau strategi yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah.

Mentoring :
Mentoring ini adalah suatu proses untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional dalam menghadapi krisis kehidupan dan pembangunan diri individu. Mentoring ini meliputi antara mentor dan juga mentee. 









Ulasan