BAB 4 : PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat dan objektif yang ingin dilakukan. Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan dengan aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid.
Pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Di samping itu, pengurusan murid juga dapat membina budaya yang baik di antara guru dan pelajar. Seterusnya, pengurusan murid juga  meningkatkan motivasi murid khususnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan dapat ke menara gading. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam melaksanakan pengurusan murid dengan sempurna dan dapat melahirkan murid yang pelbagai aspek termasuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Seterusnya, di setiap bilik darjah akan disediakan guru kelas masing-masing bagi memudahkan pelajar untuk mengurus hal-hal berkaitan dalam pembelajaran atau lain-lain. Guru kelas ini juga berperanan untuk mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga. Guru kelas perlu memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini, menyemak dan membetulkan ralat. Guru juga perlu melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT). Peranan guru data pula ialah membantu mengumpul, mengunci masuk datamemproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data atau modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Kepentingan rekod murid adalah untuk memantau kemajuan murid, menjalin hubungan antara guru ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
    

Ulasan