BAB 1: MENGURUS PEMBELAJARAN
Pengurusan adalah satu proses merancang mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Manakala pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan dan berlaku secara formal dan juga tidak formal. Pendidikan formal ialah pendidikan yang dijalankan secara terancang dengan adanya bimbingan daripada guru, buku teks dan berjalan di dalam kelas. Pendidikan tidak formal pula adalah pendidikan yang dilakukan bukan secara langsung iaitu bimbingan daripada ibu bapa di rumah. Seseorang guru itu perlu bertanggungjawab dalam perlaksanaan rancangan di dalam kelas. Kejayaan dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini adalah bergantung cara guru tersebut merancang atau mengurus pembelajaran.
Antara teknik mengurus pembelajaran adalah mengurus masa dengan baik. Teknik ini dilaksanakan dengan mewujudkan jadual waktu belajar harian. Teknik seterusnya adalah kemahiran mendengar dengan berkesan. Proses rangsangan di mana pelajar menerima maklumat yang disampaikan dengan baik dan ia dapat membantu pelajar mengikut pembelajaran, memahami, mengingat dan membuat catatan. Teknik seterusnya ialah kemahiran membaca dengan berkesan. Teknik ini merupakan kemahiran untuk mentafsir dan memikir tentang sesuatu simbol atau tulisan. Teknik seterusnya pula ialah guru perlu menyediakan nota sebagai ringkasan bagi memudahkan pelajar memahami pembelajaran tersebut. Teknik yang paling penting adalah guru haruslah memastikan pelajar menghadiri pengajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, ia dapat membantu pelajar mendengar, menulis, memahami dan mengingat dan mencatat semua maklumat yang disampaikan dan teknik yang terakhir ialah kemahiran belajar dalam berkumpulan.
Guru merupakan pengurus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan terdiri daripada proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan terhadap pembelajaran yang diajar. Merancang pembelajaran perlulah mengambil kira latar belakang, situasi dan tahap penguasaan murid. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah dibuat dan sebaiknya mengubahsuai untuk penambahbaikan. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran mempunyai tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas. Perkara utama yang perlu dilakukan sebelum proses pembelajaran guru perlu membuat persiapan diri dan bersedia menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Guru juga perlu menjaga penampilan diri, sentiasa kemas, ringkas dan dapat menarik minat murid untuk belajar kerana guru merupakan pendorong kecemerlangan pelajar. Selepas proses pembelajaran guru dapat mengetahui keberkesanan pengajaran. Guru akan mengumpul maklumat, strategi, hasil dan impak pembelajaran yang dibuat untuk menilai prestasinya.
Dalam mengurus pembelajaran ini juga mempunyai cabaran. Antaranya ialah kesedaran pelajar yang rendah mengenai kepentingan pembelajaran untuk masa depan mereka. Seterusnya, pengurusan masa yang tidak baik. Waktu guru mengajar di dalam kelas tidak cukup meyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Selain itu, pembelajaran yang tidak menarik perhatian pelajar menjadi cabaran dalam pengurusan pembelajaran.
Akhir sekali, dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita sudah dapat lihat yang mana kedua-dua pihak iaitu guru dan juga pelajar haruslah bekerjasama dan berganding bahu untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar.

Ulasan
Catat Ulasan