BAB 5 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat, pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik darjah. Tujuan dimensi penyampaian ilmu adalah untuk mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) Sebagai contoh, teknik penyoalan, penilaian, perancangan, dan lain-lain. Tujuan pengurusan bilik darjah adalah untuk membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu. Sebagai contoh, memberi ganjaran, dan memupuk hubungan.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai, membentuk suasana pembelajaran yang positif, menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid, menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum, meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P, mengurangkan masalah disiplin, pengurusan rutin yang berkesan dan murid dapat belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan