BAB 7 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

Pengurusan bilik pembelajaran merupakan satu strategi dan tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik pembelajaran. Terdapat beberapa bilik pembelajaran yang sering digunakan oleh pelajar, iaitu, bilik darjah ,makmal sains, makmal komputer, studio dan tempat-tempat pembelajaran yang seumpama dengannya. Penekanan dibuat untuk bilik darjah kerana ia merupakan tempat yang selalu digunakan oleh pelajar pada proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru perlulah memastikan keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. 

STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN:

Jenis Bilik Pembelajaran :
1) Bilik darjah tradisi
2) Bilik darjah terbuka
3) Bilik darjah mata pelajaran khas
4) Bilik darjah KBSR dan KBSM.

Mengurus Iklim Pembelajaran Positif :
1) Suasana fizikal
2) Suasana Sosial

Pengurusan Bilik Pembelajaran :
1) Rutin bilik darjah
   - Jadual bertugas 
2) Pengurusan rekod
   - Buku rekod kawalan kelas
   - Buku rekod kemasukan ke bilik

Interaksi Dalam Bilik Pembelajaran :
1) Dua hala antara guru dan pelajar.
2) Dua hala antara pelajar dan pelajar
3) Dari pelbagai hala

Unsur Fizikal Bilik Pembelajaran :
1) Penyusunan bilik pembelajaran
2) Sistem penyimpanan rekod.

Ulasan