BAB 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Pengurusan pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam aspek pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran merupakan proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar oleh guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan lancar sebagaimananya ia dirancang.
Seterusnya, konsep yang digunakan dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar adalah konsep merancang, konsep mengarah, konsep mengawal dan juga pengalaman. Dalam pengurusan dan Pembelajaran Pelajar dibahagikan kepada mengikut bidang pengurusan iaitu akademik dibawah akademik, disiplin dan sahsiah dibawah penilaian PK HEM, kokurikulum dibawah PKKO dan pentadbiran di bawah PK1. Semua guru bekerjasama dalam menguruskan pelajar, semua guru adalah guru disiplin dan guru kokurikulum. Menitikberatkan bidang kokurikulum sebagai selari dengan kokurikulum.
Pengurusan dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah ialah seperti pembelajaran abad ke 21 dilaksanakan dalam menekankan komunikasi antara pelajar dan guru. Seterusnya, menerapkan nilai murni dalam diri pelajar dan melaksanakan pelbagai program untuk menarik pelajar untuk belajar di sekolah.
Kesimpulannya, pengurusan dan pembelajaran yang efektif sangat penting untuk proses pembelajaran pelajar yang berkesan. Setiap guru berfungsi sebagai pengurus hal ehwal yang berlaku dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar di dalam kelas dan menetapkan peraturan untuk mengawal keadaan pelajar. Bilik darjah merupakan satu ruang yang penting untuk menjayakan proses pembelajaran dan menarik minat pelajar untuk menambah ilmu. Selain guru, ibubapa juga memainkan peranan dalam meningkatkan tahap pengurusan dan pembelajaran di sekolah.
Ulasan
Catat Ulasan